Friday, July 31, 2009
Monday, July 27, 2009
Qiss n kawan
macam2 diorang ni bualkan, kadang2 saya pun ketawa sendiri..macam2 cerita dongeng yang mereka reka, syuhada sama umur dengan Qiss cuma dia nampak bijak darai Qiss...pandai menyayi lagu inul lagik..adik dia jiha baru pandai berjalan...seronok tengok jiha..klu jalan tu terkengkang-kengkang..yelah baru je pandai berjalan..
kadang2 tu bergaduh, yang selalu kalah si Syuhada lah, dia ni selalu je menjerit klu dia tak suka dengan orang..n klu hati dia sakit.klu dulu dia mmg tak suka dgn Qiss, tak tau nape?...Tapi sekarang dah jadi kawan dah......bile dia kebelang umah dia pasti akan panggil "Balqisssss........ adah ada kat belakang ni........cepatlah keluar "
Rawatan Qiss
Demam semua dah ok...tapi 1 lagi doktor mintak saya n hbn untuk buat rawatan keatas mata Qiss.... mata nye yang semamang nya kami nampak sejak kecil lagi iaitu mata nya agak juling sedikit. saya n hbn sangka matanya akan hilang bila besar...rupanya doktor Tham sudah nampak n menyuruh kami membuat rawatan keatas matanya sebelum terlambat katanya.
Doktor tham menyuruh kami terus berjumpa dengan Doktor Suhaimi, pada hari itu juga tapi malangnya Doktor suhaimi tiada pada masa itu, jadi Doktor Tham menyuruh saya n hbn datang pada hari sabtu.
Hari Sabtu saya sudah siap untuk ke Hospital, semua dah siap n dah gerak dah untuk ke hospital, dlm perjalanan tu barulah saya tergerak untuk membuka kad rawatan Qiss. Adoi.........upenye hari sabtu Doktor Suhaimi off....silap saya lah tak tengok terlebih dahulu.
Thursday, July 23, 2009
Buah Pulasan
Cerek ku
Ni cerek yang ada di rumah saya.Agak-agaknyelah kan rumah orang lain misti dah tak pakai lagi kan cerek cam saya pakai sekarang, sebenarnya ada cerek elektrik tapi tak tahan lama semua dah pergi ke tong sampah!. cerek yang tak tahan ker atau saya yang sememangnya ganas.....
mula-mula cerek ni saya dah simpan memang dah tak nak pakai lagi dah, bak kata hubby saya.... rumah orang lain dah tak pakai dah cerek cam kite pakai ni..
konon-konon la....last2 pakai gak....sampai sekarang ni. senang boleh jerang air banyak2.
Lunch ~ LAKSA~
Hari ni lunch dengan laksa, tapi hari ni harga nye rm4.00 pulak, biase makan rm3.50 jer,
ooo mungkin ada tambah telur sebijik kot, sbb sebelom ni mak cik tu tak penah lak tanye nak telur ke tak....tapi hari ni dia tanye " adik nak telur takkk" dengan selamba saya kata ok jer...
Wednesday, July 22, 2009
Surah Al-ikhlas
Keberkatan surah al-ikhlas
Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam , seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby ).
Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Qiss masuk hospital
Thursday, July 16, 2009
Lunch time
Tapi hari ni kena rm7.50... cuma makan tomyam campur dan nasik sedikittttttttt sahaja...
Tuan kedai punye kira.... Tomyam campur rm6.00 , nasik putih separuh rm1.50 tuuuuuuuuu
mahal gile la....
Qiss mengaji
Tengoklah tu...penuntuk pun pakai sikit.
tu sikat dia , dia panggil sikat eko......
alamak hari ni saya dah terbawak sikat ekor dia dalam kereta..
lupe nak keluarkan...sebab semalam bawak dia pergi ambil Abang dia dari tusen.. dia bawak sikat eko tu....abislah kene bising dengan Qiss....