Wednesday, May 27, 2009

Tinggal ku keseorngan..

pada esok hari tglah saya keseorangan...kerana rakan saya yang baru 2 tahun bersama dengan saya sudah menamatkan kerja nya di sini..hu.huuu sedih lah...bosan..

kawan saya akan berkhawin pada 30/5/2009 ni..so dia kena lah ikut hubby dia dia shah alam and dia tetap berkerja di syarikat yang sama cuma di port klang..

Note: sorang lagi.............

Rahsia Khusyuk Dalam Sembahyang

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. bertaubat

2. menyesali dosa yang dilakukan

3. tidak tergila-gilakan dunia

4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. tinggalkan sifat berbangga

6. tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Monday, May 25, 2009

Swimming

Ayraaf & Qiss memang favourite dia ialah main air, nilah ayah dia keluarkan kolam renang dia yang dah lama saya sembunyikan...bukan ape...kolam ni banyak pakai air... ayah dia kesian sangat tengok anak dia.. tu yang dia keluarkan.....

mulalah wat aksi...sebab ibu nak tangkap gambooo

Seronok bila sesekali cuti, melayan anak-anak berkelah kat depan umah jeer... ni saya rasa cam nak masuk je dlm kolam renang dia...anak2 sebok ajak mandi sama...saya cuma kata ''malulah kalau ayah letak kat belakang...ibu nak lah''....ha.ha...dulu mmg saya penah masuk mandi sama dgn ank2...ni pun nasib my hubby letak kat depan, klu kat belakang umah...mmg saya joinnnn..

Bila tengok wajah anak-anak ni semua masaalah jadi hilang....

Friday, May 22, 2009

Poco-poco



Ha...ha...ni gambar poco2 yang di adakan di klinik...gambar ni dah lama dah saya ambik... ramai gak yang join poco2 ni, sekarang dah bertambah ramai yang menyertai poco2..

kepada ana_fauziana tahniah kerana dah berjaya menurunkan berat badan anda yee.. nanti malam ni ada lagi poco2 lagik.. nanti boleh lah sama2 kite timbang ye.....

nota:kepada yang empunya diri tuuuu sorry lah ye..saya ambik gambo curi ni tapi dia nampak lak tu, siap pesan jgn masuk dlm blog... sorry leee....dah masuk pun.

Lunch time

Ni time lunch tadi pergi makan dengan kak lily and yan.... memang selalu kite orang pergi makan sama, tadi makan kat warung atas bukit..tu yang saya panggil la....orang lain tak tau r panggil ape..warung ni cam biskot...kejap tutup kejap bukak...hi..hi..sabar je la...

Makanan kat sini tak ada nasi campur... semua order... klu dulu saya suka sangat makan nasi goreng kampung sotong...misti duh makcik tu wat pedas2...pas makan.. mmg pedas gile dia wat..ha.ha,

Tapi sejak2 nak diet ni saya selalu makan mee hun soto jer la...memang tu kesukaan ku...tapi kurus tak jugak...ha..ha yang lain tu memang tu lah yang dia suke sangat.. nasi goring kampung seafood..tiap kali datang tu je lah benda yang sama..tak pe yang ponting sodap.

lunch ni tadi kak lily belanjooo... tq kak ly.. lain kali boleh lah belanjo lagi,kih..kih..murah rezeki...

Tangkap anak ayam

Gambar ni time kat umah mak...mak memag suka kalau cucu-cucu dia datang...time ni lah rumah dia jadik riuh rendah...tgk lah tu mak melayan cucu2 dia main anak ayam...bebudak ni asik kejar anak ayam dia jer...tu yang dia p ambik anak ayam tu bagi cucu2 dia pegang..



Asyraaf ni nampak je berani..tapi penakutnye.....tak dapat nak cakaplah...beza pulak dengan Qiss, dia memamg berani....

Thursday, May 21, 2009

Kuih Lopes

Pada hari selasa lepas....sepatutnya ada senaman poco-poco. . tapi aku tak dapat pergi... sorry la ano...x joint.ana & kak zizi selain jiran.... kami adalah geng senaman poco2. aku tak Dapat joint coz' pagi2 lagi aku & habby dah plan nak mintak mak buatkan kuih lopes....yang diperbuat dari pulut disalut dengan kelapa & di makan bersama air gula melaka emmmm memang aku n habby suke....

Lepas keje aku pun terus balik & ambik Asyraaf ,Qiss n my habby.....misti kena bawak anak2 klu tak bising lak atok dia..tak bawak cucu dia........


Inilah kuih lopes...sedapppppp
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN

↑ Grab This Widget