Monday, November 9, 2009

Asyraaf & 60 pelajar yang khatam al-Quran







(gambar kat dalam dewan ni tak brp jelas kerana lampu yg sanagat terang)



Program pintar al-Quran diperluas

JOHOR BAHRU: Projek perintis Program Pintar al-Quran yang dimulakan tahun lalu di negeri ini menampakkan kejayaan apabila 60 pelajar dari lima tadika Kemas, berusia lima hingga enam tahun berjaya khatam 30 juzuk al-Quran dalam tempoh kira-kira setahun.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata program perintis di Nusajaya itu akan diperluaskan ke semua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor mulai tahun hadapan dengan mensasarkan kira-kira 22,000 pelajar prasekolah di tadika Kemas.

"Ini projek baru dan perbelanjaan untuk itu akan dimasukkan dalam belanjawan negeri 2010," katanya di sini, semalam.
pada sidang media selepas Majlis Khatam Program Pintar al-Quran, di sini semalam.

Pada majlis itu, Abdul Ghani mendengar bacaan al-Quran oleh kumpulan perintis 60 pelajar yang khatam al-Quran serta mendengar bacaan Yassin secara hafazan oleh empat daripada pelajar berkenaan sebelum menyampaikan sijil kepada mereka.

Kumpulan itu daripada seramai 201 pelajar mengikuti program berkenaan yang dilaksanakan UEM Land Holdings Berhad (UEM Land) dengan kerjasama Yayasan Islam Terengganu (YIT).

Beliau berkata, tahun ini kerajaan melalui Jabatan Agama Islam Johor menghantar empat orang, termasuk seorang imam hafiz mengikuti pengajian bidang tafsir al-Quran peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk melahirkan pakar dalam bidang tafsir.

"Kita juga sedang mengenalpasti pusat pengajian tinggi lain dan lebih ramai lagi calon untuk mengikuti pengajian berkenaan. Harapan kita setiap DUN akan mempunyai pakar bidang tafsir, selaras usaha ke arah membudayakan al-Quran, iaitu satu daripada cabang dasar pembangunan holistik Johor.

“Kita hendak membudayakan al-Quran... menghayati dengan membacanya dan membaca terjemahannya sepanjang tahun," katanya.

Mengenai kelayakan menyampaikan ceramah agama di Johor, Menteri Besar berkata, sesiapa saja mempunyai kelulusan agama yang diiktiraf kerajaan negeri boleh memberikan ceramah agama, tetapi yang menimbulkan masalah ialah sekiranya turut mahu mengadakan perhimpunan pada majlis demikian.
Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Land Holdings Berhad, Wan Abdullah Wan Ibrahim, berkata selaku pemaju utama Nusajaya, UEM Land tidak hanya fokus kepada pembangunan infrastruktur dan ekonomi semata-mata.

Katanya, syarikat itu sentiasa proaktif ke arah kemajuan masyarakat mencakupi pelbagai bidang termasuk meningkatkan syiar Islam seperti Program Pintar al-Quran yang dijalankan mengikut modul dihasilkan YIT dan terbukti berkesan melahirkan kanak-kanak pintar al-Quran dalam masa singkat.

"Selepas setahun program ini dijalankan di sini, 60 kanak-kanak berjaya khatam al-Quran. Bilangan ini amat mengagumkan kerana pada awalnya hanya mensasarkan 37 murid,"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN

Grab This Widget