Tuesday, October 20, 2009

Cantik cara semula jadi


MENJAGA dan memanjakan wajah memang rutin wanita. Bagi mendapatkan kulit wajah yang sempurna, ramai wanita sanggup mendapatkan rawatan kecantikan di salun setiap minggu.

Tumbuhan dan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak seharian mempunyai khasiat dan membantu mendapatkan wajah berseri-seri.

Bagi kulit muka yang halus, ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Selepas itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini berfungsi membersihkan kulit.

Asam jawa banyak kegunaannya selain menyedapkan masakan. Bancuh sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi, kemudian kacau hingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair.

Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air
bersih.

Untuk menegangkan kulit muka ambilkan sedikit tepung ubi kayu dan timun, tetapi sebelum itu timun hendaklah dihancurkan sehingga lumat. Kemudian, campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Selepas itu, sapu ke muka dan biarkan ia kering sebelum membasuh dengan air bersih.

Petua menghilangkan jerawat, campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk atau tumbuk sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. Selepas beberapa ketika, bersihkan muka dengan air bersih.

Amalkan selalu.

1 comment:

MamaFaMi said...

Ada tak cara nak hilangkan bintik hitam di muka? Kotlah mama leh cuba ke...thanks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN

Grab This Widget