Wednesday, October 21, 2009

Nasi lemak lauk ikan Asyraaf pancing




Asyraaf pergi tangkap ikan.

ni cite asyraaf pergi tangkap ikan, semalam pada 20/10/2009 .Asyraaf nak sangat ikut g tangkap ikan tapi sebenarnya dia penakot. dia teringin nak memancing kat tengah2 laut & tangkap ikan yang boleh dimakan katanye.

alhamdullilah, dapat jugak dia ikan dr hasil pancing nye tu dibantu pakcik asyiknya


asyraaf with ayah

asyraaf belajar kawal bot

pancing ikan , dibantu oleh pak cik

ikan hasil pancing









Tuesday, October 20, 2009

Cantik cara semula jadi


MENJAGA dan memanjakan wajah memang rutin wanita. Bagi mendapatkan kulit wajah yang sempurna, ramai wanita sanggup mendapatkan rawatan kecantikan di salun setiap minggu.

Tumbuhan dan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak seharian mempunyai khasiat dan membantu mendapatkan wajah berseri-seri.

Bagi kulit muka yang halus, ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Selepas itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini berfungsi membersihkan kulit.

Asam jawa banyak kegunaannya selain menyedapkan masakan. Bancuh sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi, kemudian kacau hingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair.

Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air
bersih.

Untuk menegangkan kulit muka ambilkan sedikit tepung ubi kayu dan timun, tetapi sebelum itu timun hendaklah dihancurkan sehingga lumat. Kemudian, campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Selepas itu, sapu ke muka dan biarkan ia kering sebelum membasuh dengan air bersih.

Petua menghilangkan jerawat, campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk atau tumbuk sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. Selepas beberapa ketika, bersihkan muka dengan air bersih.

Amalkan selalu.

Tuesday, October 13, 2009

Renungan Bersama - Caci Hina

Di dalam sebuah hadith yang sohih, Baginda Rasulullah SAW bersabda:- Maksudnya: " Setiap orang Islam ke atas orang Islam yang lain, diharamkan darahnya (yakni tidak boleh membunuhnya), hartanya (tidak boleh dirampas) dan kehormatannya (tidak boleh dicaci hina)".

Justeru itu, Islam sebagai agama kemulian, agama perdamaian dan agama perpaduan melarang keras umatnya daripada perbuatan menyakiti kaum muslimin yang lain dengan sebarang perilaku buruk dan cabul, atau dengan kata bicara yang lojik dan menghina, lebih-lebih lagi Islam melarang umatnya mengutuk, maki hamun, mencerca dan mengeluarkan kata-kata mencarut terhadap orang lain. Semua perilaku tersebut adalah termasuk di dalam kategori
dosa-dosa besar yang dibenci oleh agama Islam maha suci. Kerana ianya tidak menawarkan apa-apa pulangan baik dan keuntungan yang memberangsangkan, melainkan ia akan menarik kepada perselisihan dan permusuhan di antara umat Islam.

Firman Allah di dalam surah Al-Ahzab: ayat 58:- Maksudnya: " Mereka yg menyakiti orang-orang mu'min lelaki dan perempuan, terhadap suatu perkara yg tidak mereka lakukan, sesungguhnya mereka memikul fitnah dan dosa yang nyata".

Suatu kali, Baginda Rasulullah SAW bercerita: "Bahawa pada malam Baginda di israkkan oleh Allah,. Baginda telah melepasi segolongan manusia yg berkuku tajam daripada tembaga. Mereka mencakar muka dan dada mereka sendiri tanpa henti, lalu memancutlah darah keluar beserta daging muka dan dada mereka koyak dalam keadaan yg amat mengerikan. Lalu Baginda bertanya kepada malaikat; Wahai Jibril! siapakah gerangan orang-orang itu? Malaikat
Jibril
menjawab: itulah, mereka yg memakan daging manusia (yakni suka mengumpat sentiasa dan mencemarkan kehormatan orang lain)".

Benarlah apa yg difirmankan oleh Allah di dalam surah Al-Hujurat, ayat 10 - 12, yang melarang kita daripada enam perkara yg boleh menjejaskan perpaduan dan keutuhan kita umat Islam.

1. Jangan mencemuh dan merendah-rendahkan puak atau orang lain.
2. Jangan sekali-kali menyata dan menjatuhkan keaiban orang lain.
3. Jangan panggil memanggil dengan panggilan yg buruk atau menghinakan.
4. Hindarilah diri daripada berburuk-sangka.
5. Jangan hendaknya suka mengintip atau mencari-cari kesalahan orang lain.
6. Jangan suka umpat mengumpat dan keji mengeji di antara kita umat Islam.
Marilah atas dasar dan semangat cintakan kehidupan yang diredhai Allah, sama-sama kita hidup dalam suasana harmoni, hidup saling hormat menghormati, saling kasih mengasihi dan saling bantu membantu di antara Islam lain.

Walau apa pun alasan kita, Islam melarang keras umatnya daripada sikap kutuk mengutuk, hina menghina dan mengeji orang lain. Sebagaimana kita tidak mahu orang mencarut dan menghina kita, maka begitulah juga orang lain.

Friday, October 9, 2009

RESEPI KUIH TAHU POP - permintaan Mummy Dasy.


Bahan-bahan
1) Taugeh - patah2kan
2) Tahu - gunting tengah2 bentuk X pastu jeluarkan isi tahu ( tahu ni macam jenis tahu bakar tapidia kecik sikit)
3) Isi ayam (potong kecil) -rebus
4) Udang , jika suka ( potong kecil)- rebus
5) Telur
6) Sedikit garam

Cara-cara
1) Gunting tahu , keluarkan isi tahu
2) Terbalikan kulit tahu yang sudah dikeluarkan isinya tadi.dan asingkan
3) Isi tahu tadi di gaulkan bersama isi udang , ayam yang telah direbus tadi, gaul hingga sebati.
4) Masukan telur , taugeh dan sedikit perasa.
5) Masukan kedalam tahu tersebut sebagai inti. tunggu 1/2 jam selepas masukan inti sepaya dia melekat pada kulit tahu tersebut baru boleh goreng .
6) Setelah 1/2jam boleh lah goreng tahu tersebut dgn api sederhana.
7) Boleh bubuh sos setelah masak n siap untuk hidangan

(semua bahan adalah angaran sahaja tiada sukatan)

selamat mencuba, kalau tak jadi jagang salah kan resepi.. salahkan tangan anda yeee..

Thursday, October 1, 2009

Selamat Pengantin Baru - Amyliawati

saya & kak amy
SELAMAT PENGANTIN BARU, semoga berkekalan hingga akhir hayat

bersama kakak iparku -kak amy( pengantin ) and kak murni

Ayah memang tak terlepas dr menyayi, anak2 semua berjoget bila ayah nyayikan lagu raya

Qiss & Asyraff








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN

Grab This Widget