Friday, July 31, 2009

Qiss n Adah bersantai...

~ Qiss n Syuhada.. masing2 pakai botol .. ni dia berdua berlumba sapa habis dulu ~


~ Qiss ~


~ Syhadah ~

Syhadah n Qiss , cam ni lah dia klu saya n mak or ayah si syhadah sedang membasuh baju.. masing2 bersantai di dapur umah masing2

Monday, July 27, 2009

Qiss n kawan





Ni gambar Qiss , Asyraf dengan Syuhada n jiha, dia ni jiran sebelah umah saya...ni time perjumpaan mereka dia kawasan belakang rumah selepas kami semua balik kerje atau hari sabtu dan ahad sahaja.sabab masing2 balik kerja terus membasuh baju n memasak dia dapur...kesiankan tengok dia orang main cuma antara pagar je...

macam2 diorang ni bualkan, kadang2 saya pun ketawa sendiri..macam2 cerita dongeng yang mereka reka, syuhada sama umur dengan Qiss cuma dia nampak bijak darai Qiss...pandai menyayi lagu inul lagik..adik dia jiha baru pandai berjalan...seronok tengok jiha..klu jalan tu terkengkang-kengkang..yelah baru je pandai berjalan..

kadang2 tu bergaduh, yang selalu kalah si Syuhada lah, dia ni selalu je menjerit klu dia tak suka dengan orang..n klu hati dia sakit.klu dulu dia mmg tak suka dgn Qiss, tak tau nape?...Tapi sekarang dah jadi kawan dah......bile dia kebelang umah dia pasti akan panggil "Balqisssss........ adah ada kat belakang ni........cepatlah keluar "


Ni Qiss mintak saya ikatkan rambut dia ala2 pelakon dalam siri "Pelangi" yang cerita indonesia tu..si pelangi ni suka ikat rambot nye senget cam ni..tu yang dia suh saya ikatkan rambotnye cam pelangi..

Rawatan Qiss

Hari jumaat pada 24/7/2009 saya telah membawa Qiss untuk rawatan susulan dengan doktor Catherine Tham pada jam 3.00ptg , di hospital puteri .Doktor cakap Qiss dah ok..semua ubat boleh stop tapi 2 ubat lagi Qiss kena habiskan.

Demam semua dah ok...tapi 1 lagi doktor mintak saya n hbn untuk buat rawatan keatas mata Qiss.... mata nye yang semamang nya kami nampak sejak kecil lagi iaitu mata nya agak juling sedikit. saya n hbn sangka matanya akan hilang bila besar...rupanya doktor Tham sudah nampak n menyuruh kami membuat rawatan keatas matanya sebelum terlambat katanya.

Doktor tham menyuruh kami terus berjumpa dengan Doktor Suhaimi, pada hari itu juga tapi malangnya Doktor suhaimi tiada pada masa itu, jadi Doktor Tham menyuruh saya n hbn datang pada hari sabtu.

Hari Sabtu saya sudah siap untuk ke Hospital, semua dah siap n dah gerak dah untuk ke hospital, dlm perjalanan tu barulah saya tergerak untuk membuka kad rawatan Qiss. Adoi.........upenye hari sabtu Doktor Suhaimi off....silap saya lah tak tengok terlebih dahulu.



Syukur..Qiss sejak balik dari hospital dah tak takot untuk makan ubat, sekarang ni dia je yang selalu ingatkan untuk makan ubat..

Thursday, July 23, 2009

Buah Pulasan

~ Buah pulasan ~

Buah Pulasan ni memang sedap, kalau dapat memang sayalah yang makan paling banyak . alasan cakap Asyraaf n Qiss " jangan makan banyak2 nanti batok n demam" nanti sakit susah......hemmmm lagi lah saya makan banyak....sebab dah bagi tahu Asraaf n Qiss jgn makan banyak2 , jamah je...yang lebih nye saya bedal sorang.....

Cerek ku

~ cerek ~

Ni cerek yang ada di rumah saya.Agak-agaknyelah kan rumah orang lain misti dah tak pakai lagi kan cerek cam saya pakai sekarang, sebenarnya ada cerek elektrik tapi tak tahan lama semua dah pergi ke tong sampah!. cerek yang tak tahan ker atau saya yang sememangnya ganas.....

mula-mula cerek ni saya dah simpan memang dah tak nak pakai lagi dah, bak kata hubby saya.... rumah orang lain dah tak pakai dah cerek cam kite pakai ni..
konon-konon la....last2 pakai gak....sampai sekarang ni. senang boleh jerang air banyak2.


Lunch ~ LAKSA~


Ni makanan kesukaan ku....klu hari-hari makan laksa pun tak pe.....klu seperiok pun saya boleh makan.....ni bukan makan tapi melantak nama nye..

Hari ni lunch dengan laksa, tapi hari ni harga nye rm4.00 pulak, biase makan rm3.50 jer,
ooo mungkin ada tambah telur sebijik kot, sbb sebelom ni mak cik tu tak penah lak tanye nak telur ke tak....tapi hari ni dia tanye " adik nak telur takkk" dengan selamba saya kata ok jer...

Wednesday, July 22, 2009

Surah Al-ikhlas

Photobucket



cid:image002.gif@01C9C26C.0D8D7280
Keberkatan surah al-ikhlas


Ketika Memulakan Kerja


Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum Masuk Ke Rumah


Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam , seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.


Ketika Sakit


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby ).


Khatam al-Quran


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.



Pahala Membacanya


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.





Makan MCD








Qiss masuk hospital

~Bilik Qiss ~

Qiss takot sangat2 dengan Ubat...cam mane ni nak baik....

Qiss fobia nak tidur di katil , sbb masa mula2 di wad kecemasan tangan dia kena bedong ni sebab Qiss meronta2 time doktor nak cucuk tangan dia...yelah budak mane tak takot, tapi dia mmg fobia sbb kali ni yg ke tiga dia masuk wad kecemasan tu,pertama time ibu jari patah, kedua time raya ketiga kena air panas, ni yg ketiga kali ni dia mmg cam betul wad tu..

Dia sanggup duduk di sofa je time dlm bilik dia

Ha...ha..tengoklah tangan dia, nasib lah nurse tu letak bear tu...dia rasa suka sangat...





Nasib gak ada Yakult pujuk Qiss makan ubat

kuih ni sedap sangat....rase nak mintak lagi......jer tauu Qiss makan sikit jer...tapi saya yang makan semua......


Ni baring di katil, kena paksa dengan saya...akibat penat sangat...barulah Qiss baring, tu pun sekejap je....

Dia sanggup duduk di sofa lagi tuuuu

Qiss memang sakit sampai tak nak bercakap

Ha ni Qiss dah sihat..and doktor kata dah boleh balik ....tu yang dia seronok sangat tu...dia dah risau baju dia tak salin2 sbb tangan masuk air, tu yang tak boleh bukak...

Tunggu ayah datang ambik, dia tak sabo2 nak balik asik jengah tingkap jer

Qiss menanti ayah datang

ni pemandangan dr tingkat 6...tgk tu ada rumah baru buat....cantik betul rumah tu......

Thursday, July 16, 2009

Lunch time

semalm lunch makan laksa cuma rm3.50 sahaja & air suam freeee lagik
Tapi hari ni kena rm7.50... cuma makan tomyam campur dan nasik sedikittttttttt sahaja...
Tuan kedai punye kira.... Tomyam campur rm6.00 , nasik putih separuh rm1.50 tuuuuuuuuu
mahal gile la....



Dalam Tom yam ni yg banyak adalah bawang dan tomato, isi yang lain kureng........rase cam nak suh jer tukang masak makan bawang tuu

Qiss mengaji



Qiss tengah mengajik "IQRA"
Tengoklah tu...penuntuk pun pakai sikit.
tu sikat dia , dia panggil sikat eko......
alamak hari ni saya dah terbawak sikat ekor dia dalam kereta..
lupe nak keluarkan...sebab semalam bawak dia pergi ambil Abang dia dari tusen.. dia bawak sikat eko tu....abislah kene bising dengan Qiss....

Monday, July 13, 2009

@ UMAH ATOK

Qiss tak habis2 dgn Upin & ipin dia tauu... terpaksa gak pok cu wan dia melayan

Congkak pun same..dua-dua umah atok ada congkak...dia bukan pandai main... tapi saje dia suka dengan buah2 congkak tu.... penat atok n pokcu ajar...tapi Qiss wat selambe jee

Nilah dia.....last2 main sorang2

Tuesday, July 7, 2009

Chocolate



~ Ni chocolate ~

Kesukaan Asyaraff n saya...Qiss tak suka perisa ni, dia suka sagat dgn perisa kopi .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN

Grab This Widget