Wednesday, May 27, 2009

Tinggal ku keseorngan..

pada esok hari tglah saya keseorangan...kerana rakan saya yang baru 2 tahun bersama dengan saya sudah menamatkan kerja nya di sini..hu.huuu sedih lah...bosan..

kawan saya akan berkhawin pada 30/5/2009 ni..so dia kena lah ikut hubby dia dia shah alam and dia tetap berkerja di syarikat yang sama cuma di port klang..

Note: sorang lagi.............

Rahsia Khusyuk Dalam Sembahyang

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. bertaubat

2. menyesali dosa yang dilakukan

3. tidak tergila-gilakan dunia

4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. tinggalkan sifat berbangga

6. tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Monday, May 25, 2009

Swimming

Ayraaf & Qiss memang favourite dia ialah main air, nilah ayah dia keluarkan kolam renang dia yang dah lama saya sembunyikan...bukan ape...kolam ni banyak pakai air... ayah dia kesian sangat tengok anak dia.. tu yang dia keluarkan.....

mulalah wat aksi...sebab ibu nak tangkap gambooo

Seronok bila sesekali cuti, melayan anak-anak berkelah kat depan umah jeer... ni saya rasa cam nak masuk je dlm kolam renang dia...anak2 sebok ajak mandi sama...saya cuma kata ''malulah kalau ayah letak kat belakang...ibu nak lah''....ha.ha...dulu mmg saya penah masuk mandi sama dgn ank2...ni pun nasib my hubby letak kat depan, klu kat belakang umah...mmg saya joinnnn..

Bila tengok wajah anak-anak ni semua masaalah jadi hilang....

Friday, May 22, 2009

Poco-poco



Ha...ha...ni gambar poco2 yang di adakan di klinik...gambar ni dah lama dah saya ambik... ramai gak yang join poco2 ni, sekarang dah bertambah ramai yang menyertai poco2..

kepada ana_fauziana tahniah kerana dah berjaya menurunkan berat badan anda yee.. nanti malam ni ada lagi poco2 lagik.. nanti boleh lah sama2 kite timbang ye.....

nota:kepada yang empunya diri tuuuu sorry lah ye..saya ambik gambo curi ni tapi dia nampak lak tu, siap pesan jgn masuk dlm blog... sorry leee....dah masuk pun.

Lunch time

Ni time lunch tadi pergi makan dengan kak lily and yan.... memang selalu kite orang pergi makan sama, tadi makan kat warung atas bukit..tu yang saya panggil la....orang lain tak tau r panggil ape..warung ni cam biskot...kejap tutup kejap bukak...hi..hi..sabar je la...

Makanan kat sini tak ada nasi campur... semua order... klu dulu saya suka sangat makan nasi goreng kampung sotong...misti duh makcik tu wat pedas2...pas makan.. mmg pedas gile dia wat..ha.ha,

Tapi sejak2 nak diet ni saya selalu makan mee hun soto jer la...memang tu kesukaan ku...tapi kurus tak jugak...ha..ha yang lain tu memang tu lah yang dia suke sangat.. nasi goring kampung seafood..tiap kali datang tu je lah benda yang sama..tak pe yang ponting sodap.

lunch ni tadi kak lily belanjooo... tq kak ly.. lain kali boleh lah belanjo lagi,kih..kih..murah rezeki...

Tangkap anak ayam

Gambar ni time kat umah mak...mak memag suka kalau cucu-cucu dia datang...time ni lah rumah dia jadik riuh rendah...tgk lah tu mak melayan cucu2 dia main anak ayam...bebudak ni asik kejar anak ayam dia jer...tu yang dia p ambik anak ayam tu bagi cucu2 dia pegang..



Asyraaf ni nampak je berani..tapi penakutnye.....tak dapat nak cakaplah...beza pulak dengan Qiss, dia memamg berani....

Thursday, May 21, 2009

Kuih Lopes

Pada hari selasa lepas....sepatutnya ada senaman poco-poco. . tapi aku tak dapat pergi... sorry la ano...x joint.ana & kak zizi selain jiran.... kami adalah geng senaman poco2. aku tak Dapat joint coz' pagi2 lagi aku & habby dah plan nak mintak mak buatkan kuih lopes....yang diperbuat dari pulut disalut dengan kelapa & di makan bersama air gula melaka emmmm memang aku n habby suke....

Lepas keje aku pun terus balik & ambik Asyraaf ,Qiss n my habby.....misti kena bawak anak2 klu tak bising lak atok dia..tak bawak cucu dia........


Inilah kuih lopes...sedapppppp

Ikan besooo

My habby & ikannn

Pada mulanya aku memang tak percaya, bile habby call suh tunggu depan umah sebab tok ayah dapat ikan besooo...

Inilah ikan yang Tok Ayah dapat semasa menjaring bersama pekerjanye...ape ek name ikan ni..aku pun tak tau...Tapi Ayah kata.ikan yu kemejan 80kg berat dia..Gambar ikan ni baru sahaja dibawak naik dari bot kepengkalan jeti..macam manalah Ayah tarik ikan ni ek....dah lah besoo berat pulak tu......ni lah pertama kali aku lihat ikan besar hasil tangkapan ayah... sebelom ni penah gak tengok ikan besoo...kat zoo tapi tu lain...ni Ayah yang dapat...


Ikan diletakan dia atas bumbung kereta Asik & lokman... sebab besoo sangat..n tak muat nak sumbat kat bonet...tu yang di letakan diatas bumbung..kesiannnn akibat ikan terlalu berat...sampai kemek kereta diaorng ni....


My habby,Qiss n me...


Bariah, ana & mak idah

Inilah jiran2 yang tak mau lepas peluang tengok ikan besoo..ha.ha .Mak ida siap pooossing lagi tu.....Ana aku siap call suh datang tu.....



Ikan dibawah turun dari bumbung kereta dan di tabur dengan ais, supaya tak busuk kerana esoknye baru ayah hantar ke pasar

Wednesday, May 13, 2009

skuad ERA




Ni semalam 12 May 2009 , kejar skuad ERA kat dewan Gelang patah..
banyak gak lah barangan percuma kita dapat Roti, sos, kicap, minyak lega, racun serangga,cd , topi n baju...

Tuesday, May 12, 2009

Surah Al-Kausar

Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak

Maka dirikanlah salat karena Tuhanmu dan berkorbanlah.

Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.

Monday, May 11, 2009

Asyraaf n Futsal

Tempat ketiga.

Ni group futsal Asyraaf... di Stadium Mini Tun Aminah on 10 May 2009.


Inillah hadiah Asyraaf... nasib dapat tempat ketiga...dpt hadiah....klu tak apa pun tak dapat tau...
Tq Asyraaf...muah....

Friday, May 8, 2009

Al-Fatihah

* Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
* Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,
* Maha pemurah lagi Maha Penyayang
* Yang menguasai hari pembalasan
* Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
* Tunjukilah kami Jalan yang lurus
* (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) meraka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka sesat.

Qiss ''pakai tudung''


Balqis pakai tudung...mmg susah tengok dia nak pakai tudung ni...pakai kejap je dia misti dah nak bukak...

Ni gambar nk g sekolah... ni kes....ibu dia tak cuci bj semalm , sebab tak ada air la....bukan malas ha..... so hr ni Qiss kenalah pakai baju kurung biase.... nasiblah dia nak..sbb dia ni mmg selalu merentan je pagi2..

Thursday, May 7, 2009

@ ZOO Kulai

My hubby... naik kuda... suke2 kan layan ank punya pasal...


Asyraaf ni nampak jer berani....tapi yg paling takut dia lah....harimau yg dalam kandang pun dia takut...pelik tul si Asyraff ni tau.... klu Qiss lain lak cite....... semuanye dia nak duk dekat2... tengok dekat2.

with kak Murni n ank dia Farhan ....g gak sama join kite org....


'' Doa Selamat''


Inilah pertama kali ank aku masuk pertandingan Hafazan '' Doa Selamat''. Biasa dia masuk gak lah tapi ramai2, tapi ni lah br pertama kali kena baca sorang2... sempena maulut peringkat sekolah Tabika Kemas , walauapa pun Tahniah sbb dia berani...n dapat hadiah saguhati.

Time ni lah jugak aku yang jadi kalut... sbb ank yang membaca.. aku yang tak boleh nak tengok muka dia...nak tau kenapa??? sbb aku takut dia baca salah.......tapi syukur sangat2 semua dia dapat baca.... TQ Asyraaf...

AL-QUR'AN Sebagai Pembela D' Hari Akhirat

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, padahal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Wednesday, May 6, 2009

Melaka


Jalan-jalan bawa Asyraaf & Qiss '' mandi-mandi''

Genting Highlands






Time ni g Genting aku lah yg paling rugis... sbb aku ni penakut..naik ape pun aku tak mahu...
tapi si Balqis pulak... semuanye dia nak naik.....

Sejarah Ayat Kursi


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya

setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua
orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu
ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan
akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a.. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu

eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Mala ikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi
pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Petua Dari seorang Ibu

Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

Ini ada satu petua dari seorang ibu:-

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba......

Asyraaf Friends




Inilah kawan-kawan Asyraaf...

Asyraaf picture


Qiss Picture





Maulut Nabi @ masjid

''Hafiz & Asyraaf''
Ni lah budak yg bawak bunga manggar... time cam ni teringat kembali zaman-zaman kecik2.
time cam ni lah yang paling suka adalah budak-budak, termasuklah ibunye....



Ni lah gadis kelasi 7....



Makcik2 pun join gak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN

Grab This Widget